Polisi Privasi
1. Mengenai Polisi Ini
Setiap entiti DENSO seperti yang disenaraikan dalam Klausa 2 ("DENSO, atau "kami") akan memproses data peribadi anda berpatuh kepada undang-undang perlindungan data yang terpakai dan mana-mana undang-undang yang meminda atau menggantikannya pada masa hadapan. Kami berjanji untuk menguruskan laman web kami supaya ianya selamat dan sedia dinikmati oleh anda dengan secara berusahanya mengejar pencegahan penggunaan, pendedahan, pengubahsuaian, dan sebagainya, tanpa kebenaran, terhadap data peribadi tentang anda.
Dalam polisi privasi ini ("Polisi" tersebut), kami menyediakan maklumat berdasarkan undang-undang yang berkaitan dengan pemprosesan data peribadi anda. Polisi ini menetapkan asas di mana kami akan memproses sebarang data peribadi yang anda beri kepada kami, atau yang kami memperolehi tentang anda daripada sumber lain melalui laman web kami. Sila luangkan masa untuk membaca dan memahami Polisi ini.
Sesetengah kategori pemprosesan data peribadi mungkin tertakluk kepada polisi yang lebih khusus. Dalam kes sedemikian, polisi khusus tersebut akan mengganti Polisi Privasi ini setakat mana klausa-klausa yang dinyatakan dalam polisi khusus tersebut bercanggah dengan klausa yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini.
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke dan daripada laman web pihak ketiga. Laman web pihak ketiga ini, dan mana-mana perkhidmatan yang boleh diakses melaluinya, mempunyai polisi privasi mereka sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas mana-mana amalan privasi pihak ketiga. Kami menggalakkan supaya anda mengambil maklum tentang perkara ini apabila anda meninggalkan laman web ini dan membaca polisi privasi yang terpakai atas laman web pihak ketiga tersebut.
Jika anda merupakan seorang individu di Kawasan Ekonomi Eropah (European Economic Area (EAA)), sila baca Lampiran Tambahan untuk Individu di EEA untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika anda merupakan seorang "pengguna" ("consumer") California dalam pengertian California Consumer Privacy Act of 2018, sila baca Lampiran Tambahan untuk California Consumer Privacy Act untuk mendapatkan maklumat lanjut.
2. Maklumat tentang Kami
Laman web ini dikendali oleh entiti DENSO masing-masing berdasarkan kepada tempat kediaman anda.
Negara kediaman anda | Pengawal Data | Maklumat hubung |
---|---|---|
Singapura | DENSO INTERNATIONAL ASIA PTE. LTD. |
DENSO INTERNATIONAL ASIA PTE. LTD. 51 Science Park Road, #01-19 The Aries, Science Park II, Singapore 117586Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com |
Malaysia |
1. DENSO (MALAYSIA) SDN. BHD. 2. DENSO WIPER SYSTEMS (MALAYSIA) SDN. BHD. |
1. DENSO (MALAYSIA) SDN. BHD. Lot 2, Jalan P/1, Section 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaEmel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 2. DENSO WIPER SYSTEMS (MALAYSIA) SDN. BHD. Lot No 72, Persiaran Bunga Tanjung 1, Senawang Industrial Park, Mukim Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, MalaysiaEmel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com |
Filipina |
1. DENSO PHILIPPINES CORPORATION 2. DENSO TEN PHILIPPINES CORPORATION 3. DENSO TEN SOLUTIONS PHILIPPINES CORPORATION 4. DENSO TECHNO PHILIPPINES, INC. |
1. DENSO PHILIPPINES CORPORATION 109 Unity Avenue, Carmelray Industrial Park 1, 4037 Canlubang, Calamba City, Laguna, PhilippinesEmel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 2. DENSO TEN PHILIPPINES CORPORATION 100 South Science Avenue, Laguna Technopark, Santa Rosa City, Laguna, Philippines, 4026Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 3. DENSO TEN SOLUTIONS PHILIPPINES CORPORATION 25th Floor, Hanston Square, 17 San Miguel Avenue, Ortigas Center, Pasig City, Metro Manila, Philippines 1605Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 4. DENSO TECHNO PHILIPPINES, INC. 2/F SM Jaz Residences, Jupiter Corner Nicanor, Garcia Streets, Bel-Air Village, Makati City Philippines 1200Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com |
Thailand |
1. DENSO INTERNATIONAL ASIA CO., LTD. 2. DENSO SALES (THAILAND) CO., LTD. 3. DENSO (THAILAND) CO., LTD. 4. SIAM DENSO MANUFACTURING CO., LTD. 5. SIAM KYOSAN DENSO CO., LTD. 6. DENSO ELECTRONICS (THAILAND) CO., LTD. 7. DENSO INNOVATIVE MANUFACTURING SOLUTION ASIA CO., LTD. 8. AIR SYSTEMS (THAILAND) CO., LTD. 9. DENSO TEN THAILAND LIMITED |
1. DENSO INTERNATIONAL ASIA CO., LTD. 888 Moo 1, Bangna-Trad Road, Km. 27.5, Tambol Bangbo, Amphur Bangbo, Samutprakarn Province 10560Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 2. DENSO SALES (THAILAND) CO., LTD. 888 Moo 1, Bangna-Trad Road, Km. 27.5, Tambol Bangbo, Amphur Bangbo, Samutprakarn Province 10560Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 3. DENSO (THAILAND) CO., LTD. 369 Moo 3, Teparak Road, Tambol Teparak, Amphur Muang Samutprakarn, Samutprakarn Province 10270Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 4. SIAM DENSO MANUFACTURING CO., LTD. 700/618 Moo 4, Bangna-Trad Road, Tambol Bankao, Amphur Panthong, Chonburi Province 20160Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 5. SIAM KYOSAN DENSO CO., LTD. 700/618 Moo 4, Bangna-Trad Road, Tambol Bankao, Amphur Panthong, Chonburi Province 20160Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 6. DENSO ELECTRONICS (THAILAND) CO., LTD. 700/87 Moo 1, Bangna-Trad Road, Km. 57, Tambol Bankao, Amphur Panthong, Chonburi Province 20160Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 7. DENSO INNOVATIVE MANUFACTURING SOLUTION ASIA CO., LTD. 369 Moo 3, Teparak Road, Tambol Teparak, Amphur Muang Samutprakarn, Samutprakarn Province 10270Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 8. AIR SYSTEMS (THAILAND) CO., LTD. 700/1052 Moo 9, Tambol Mabpong, Amphur Panthong, Chonburi Province 20160Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com 9. DENSO TEN THAILAND LIMITED 888 Moo 1, Bangna-Trad Road, KM.27.5, Tumbol Bangbo, Amphur Bangbo, Samutprakarn 10560Emel: ap_diat_dpocenter@ap.denso.com |
3. Cara Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Kami mengumpul dan memproses data peribadi berikut tentang anda:
-
Maklumat yang anda beri kepada kami. Ini termasuk maklumat tentang anda yang anda beri kepada kami melalui borang pertanyaan di dalam laman web ini, atau melalui komunikasi dengan kami, sama ada melalui emel, surat atau sebaliknya. Maklumat yang anda berikan kepada kami mungkin termasuk maklumat hubung anda seperti nama, alamat, alamat emel, nombor telefon anda
-
Maklumat yang diberi oleh pihak ketiga kepada kami. Ini termasuk maklumat tentang anda yang mana pihak ketiga yang telah diberi kuasa sewajarnya oleh anda untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami, memberikan kepada kami melalui borang pertanyaan di dalam laman web ini, atau dengan berkomunikasi dengan kami, sama ada melalui emel, surat atau sebaliknya. Maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga kepada kami mungkin termasuk maklumat hubung anda seperti nama, alamat, alamat emel, nombor telefon anda.
-
Maklumat yang kami kumpul tentang anda. Apabila anda melawati laman web ini, laman web mengumpul data tertentu yang berkaitan dengan anda secara automatik ("data akses"). Jenis data ini termasuk log akses, suar web ('web beacons') (juga dikenali sebagai piksel), kuki ('cookies'), dan lain-lain. Jenis-jenis data ini mungkin kekal dalam komputer anda dan terus mengumpul data. Untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan data akses anda dan asas undang-undang masing-masing untuk penggunaan sedemikian, sila lihat Polisi Kuki kami.
Kami secara umumnya bergantung kepada data peribadi yang diberi oleh anda (atau wakil anda yang diberi kuasa). Untuk memastikan data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat, sila kemas kini dengan kami jika terdapat perubahan pada data peribadi anda dengan memaklumkan Pegawai Perlindungan Data kami secara bertulis atau melalui emel pada maklumat hubung yang disediakan dalam Bahagian 2 di atas.
4. Asas Undang-undang untuk dan Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
Kami akan memproses data peribadi anda berdasarkan asas undang-undang berikut melainkan pemprosesan data tersebut akan bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai:
-
Kontrak. Apabila kami perlu memproses data peribadi anda untuk melaksanakan kontrak yang kami memasuki dengan anda
-
Kewajipan Undang-undang. Apabila kita perlu mematuhi dengan suatu kewajipan undang-undang.
-
Kepentingan Sah. Apabila pemprosesan data peribadi anda adalah diperlukan untuk memenuhi kepentingan sah yang diusahakan oleh kami atau pihak ketiga dan kepentingan serta hak asasi anda tidak mengatasi kepentingan tersebut.
-
Persetujuan. Apabila anda telah memberikan persetujuan untuk kami memproses data peribadi anda. Namun itu, walaupun kami mendapat persetujuan daripada anda, kami mungkin memproses data peribadi anda berdasarkan asas undang-undang yang lain. Persetujuan yang anda berikan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda akan kekal sah sehingga ia ditarik balik oleh anda secara bertulis.
Anda boleh menarik balik persetujuan dan meminta kami untuk berhenti mengumpul, mengguna dan/atau mendedah data peribadi anda untuk mana-mana atau semua tujuan yang disenaraikan di atas dengan mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui emel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di maklumat hubung yang dinyatakan dalam Bahagian 2 di atas. Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang munasabah (bergantung kepada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) untuk memproses permintaan anda dan untuk kami memberi maklum kepada anda tentang akibat kami menyetujui kepada permintaan anda, termasuk sebarang akibat undang-undang yang boleh menjejaskan hak dan liabiliti anda kepada kami.
Walaupun kami menghormati keputusan anda untuk menarik balik persetujuan anda, sila ambil maklum bahawa bergantung kepada sifat dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak akan berada dalam posisi untuk terus menyediakan barang atau perkhidmatan kami kepada anda dan kami akan, dalam keadaan sedemikian, memberi maklum kepada anda sebelum menyelesaikan pemprosesan permintaan anda.
Penarikan balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan yang dilaksanakan berdasarkan persetujuan anda sebelum penarikan balik anda, dan tidak akan menjejaskan hak kami untuk terus mengumpul, mengguna dan mendedah data peribadi di mana pengumpulan, penggunaan dan pendedahan tanpa kebenaran tersebut dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
-
[Khusus untuk Singapura] Apabila pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda tanpa kebenaran dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 Singapura (Personal Data Protection Act 2012) atau undang-undang lain.
Kami menggunakan data peribadi yang kami pegang tentang anda untuk tujuan berikut. Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda setakat yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang diterangkan di bawah.
-
Untuk menyediakan barang dagangan atau perkhidmatan yang anda minta (berdasarkan kontrak atau kepentingan sah)
-
Untuk menambah baik barang dagangan atau perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda (berdasarkan kontrak atau kepentingan sah)
-
Untuk menyediakan maklumat dan komunikasi; untuk menjalankan soal selidik yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan, pelbagai acara, kempen dan perkara yang serupa (berdasarkan kepentingan sah)
-
Untuk menjalankan analisa jualan, penyiasatan, dan penyelidikan; untuk membangunkan perkhidmatan dan produk baharu (berdasarkan kepentingan sah)
-
Untuk menjalankan analisis web (lihat Polisi Kuki kami)
-
Untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang (seperti kewajipan menyimpan rekod), kawalan eksport dan kastam, kewajipan pemeriksaan pematuhan (untuk mencegah jenayah kolar putih atau pengubahan wang haram), dan polisi-polisi atau piawai industri kami (berdasarkan kewajipan undang-undang atau kepentingan sah)
-
Untuk menyelesaikan pertikaian, menguatkuasakan perjanjian kontrak kami dan untuk mebuktikan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang (berdasarkan kewajipan undang-undang atau kepentingan sah).
Penyediaan data peribadi anda adalah secara sukarela, tetapi anda mungkin mengalami keburukan jika anda enggan memberikan data peribadi anda, seperti tidak dapat menggunakan beberapa perkhidmatan kami.
5. Pendedahan Data Peribadi kepada Penerima
Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan kategori penerima berikut.
-
Ahli-ahli sekutu. Kami berkongsi data peribadi anda dengan ahli-ahli sekutu kami untuk tujuan pentadbiran dalaman dan untuk kegunaan yang selaras dengan Polisi ini. Khususnya, kami berkongsi maklumat hubungan anda seperti nama, alamat, alamat emel, nombor telefon dengan ahli-ahli sekutu kami yang dinyatakan di sini. Ahli-ahli sekutu tersebut akan menggunakan data peribadi untuk (i) menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda minta ahli sekutu itu untuk hantar kepada anda, (ii) menambah baik produk atau perkhidmatan kami, (iii) mempromosi produk atau perkhidmatan kami, memberi maklum pada acara dan kempen pemasaran, atau melaksana tinjauan dan analisa pemasaran, dan (iv) membangun produk atau perkhidmatan baharu. DENSO akan bertanggungjawab untuk pengurusan data peribadi yang dikongsi dengan ahli-ahli sekutu.
-
Pembekal Perkhidmatan. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan, termasuk pembekal perkhidmatan internet, pembekal perkhidmatan analisis web dan pembekal perkhidmatan atas awan, yang telah kami mengguna khidmat untuk melaksanakan mana-mana fungsi berkenaan dengan tujuan yang disenaraikan dalam Bahagian 4 di atas.
6. Pemindahan Rentas Sempadan
Data peribadi tentang anda yang kami pegang mungkin dipindah kepada, dan disimpan oleh, pihak ketiga di luar negara dari tempat kediaman anda, atau tempat anda berada semasa anda mengakses laman web kami, dalam kes berikut:
-
Apabila kami mendapat persetujuan anda: Kami mungkin memindah data peribadi anda kepada pihak ketiga di negara asing berdasarkan persetujuan anda. Apabila kami meminta persetujuan anda untuk pemindahan rentas sempadan, kami akan memberikan anda maklumat yang berkaitan tentang bidang kuasa penerima, seperti sistem undang-undang perlindungan data dan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi data peribadi anda. Negara-negara penerima mungkin mempunyai piawai perlindungan data peribadi yang lebih rendah berbanding dengan undang-undang perlindungan data peribadi yang terpakai.
-
Apabila penerima pihak ketiga dalam bidang kuasa asing melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan oleh undang-undang perlindungan data yang terpakai, dengan cara yang sesuai dan munasabah, dan melaksanakan langkah-langkah tersebut. Penerima pihak ketiga dalam kes ini adalah sama ada ahli sekutu atau pembekal perkhidmatan kami.
-
Apabila pemindahan adalah dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai.
7. Had Penyimpanan untuk Data Peribadi
Melainkan yang dinyatakan sebaliknya, kami akan mengekalkan data peribadi tentang anda yang kami kumpul untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang mana ia dikumpulkan, kecuali setakat yang kami dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang untuk mengekalkan data untuk tempoh masa yang lebih panjang, dalam hal yang mana kami akan mengekalkannya untuk tempoh yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
8. Hak-Hak Anda
Anda mempunyai beberapa hak undang-undang berkaitan dengan data peribadi yang kami pegang tentang anda. Hak ini mungkin berbeza bergantung kepada tempat anda berada dan undang-undang perlindungan data yang akan diguna pakai atas hubungan antara anda dan kami, tetapi secara biasanya akan termasuk:
-
hak untuk mendapatkan maklumat mengenai pemprosesan data peribadi anda dan akses kepada data peribadi tentang anda yang kami pegang;
-
hak untuk meminta kami membetulkan data peribadi anda jika ia tidak tepat atau tidak lengkap;
-
hak untuk meminta kami memadamkan data peribadi anda [tidak terpakai untuk Singapura dan Malaysia];
-
hak untuk meminta kami menyekat pemprosesan data peribadi anda [tidak terpakai untuk Singapura, Malaysia dan Filipina];
-
hak untuk membantah kepada kami tentang pemprosesan data peribadi anda [tidak terpakai untuk Singapura dan Malaysia];
-
hak untuk menerima dan meminta kami untuk memindahkan sebarang data peribadi yang kami proses tentang anda yang mana mampu dilaksanakan dari segi teknikal [tidak terpakai untuk Singapura dan Malaysia]; dan
-
hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami.
Anda boleh melaksanakan hak anda dengan menghubungi kami menggunakan maklumat tentang kami yang dinyatakan di atas dalam Bahagian 2.
9. Keselamatan
Untuk melindungi data peribadi anda daripada pemusnahan, kehilangan, penggunaan atau pengubahan secara tidak sengaja atau menyalahi undang-undang dan terhadap pendedahan atau akses tanpa kebenaran, kami menggunakan langkah keselamatan organisasi, manusia, fizikal dan teknikal yang mencukupi.
10. Changes to this Privacy Policy
Kami mungkin mengubahsuai Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa dan akan menyiarkan Polisi Privasi yang dikemas kini dengan tarikh kuatkuasa "Kemas Kini Terakhir" untuk pengubahsuaian tersebut. Kami menggalakkan supaya anda menyemak Polisi Privasi ini secara berkala. Jika kami membuat perubahan penting pada Polisi Privasi ini, anda akan diberikan notis yang sewajarnya, seperti notis yang disiarkan di laman web. Penggunaan berterusan anda ke atas laman web atau perkhidmatan ini atau penyediaan maklumat peribadi selanjutnya kepada DENSO sebaik sahaja Polisi ini telah dipinda akan dianggap sebagai pengakuan anda dan, jika berkenaan, penerimaan terhadap polisi yang terpinda.
11. Hubung
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Polisi Privasi ini, hak anda, atau sebarang isu lain mengenai perlindungan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubung dalam Bahagian 2 di atas.